Monday 8 June 2015

Posted by Admin Bijak | 15:11 | No comments
Ciuman merupakan tanda kasih sayang dan cinta dari seorang manusia kepada manusia. Ciuman antara ibu dan anak, datuk dan cucu, antara sepasang kekasih, suami isteri, dan sebagainya. Setiap ciuman memberi maksud yang berbeza. Baca 7 Jenis Ciuman Yang Wajib Anda Tahu.

1. Ciuman di dahi


Ciuman di dahi dilakukan terutamanya pada orangtua dan anaknya. Ciuman di dahi adalah lambang rasa kasih sayang. Ciuman ini tidak memiliki keghairahan melainkan untuk menunjukkan rasa kasih sayang.

2. Ciuman di bibir


Ciuman di bibir terutamanya dilakukan oleh pasangan suami isteri dan pasangan kekasih. Ciuman ini lebih dekat dengan keghairahan dan melambangkan cinta yang membara.

3. Ciuman di tangan


Ciuman di tangan sering dilakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang lain. Contohnya antara ahli keluarga atau yang pangkatnya lebih tinggi iaitu anak murid dan guru.

4. Ciuman di pipi


Ciuman ini adalah ciuman yang selalu dilakukan. Biasanya antara keluarga, kawan, pasangan dan sebagainya. Ciuman di pipi melambangkan kasih sayang, ciuman yang sopan dan tidak agresif serta bersifat keterbukaan.

5. Ciuman di mata


Ciuman di mata sering dilakukan antara pasangan kekasih. Ciuman ini dilakukan di lipatan mata, sehingga orang yang dicium terpaksa memejamkan matanya. Ciuman ini melambangkan rasa sayang dan bentuk perhatian yang mendalam. Ada yang mengatakan bahawa ciuman ini disebut sebagai 'angel kiss' atau ciuman malaikat yang membawa maksud tidak mahu berpisah.

6. Ciuman di hidung


Ciuman di hidung selalu berlaku antara pasangan atau seorang ibu terhadap bayi. Ciuman ini bererti mereka menyayangi dan berasa syukur kerana meluangkan masa bersama.

7. Ciuman di telinga


Ciuman ini hampir sama dengan ciuman pada bibir. Ciuman ini membawa maksud untuk pujuk rayu, ghairah seksual dan hasrat antara sepasang kekasih dan pasangan suami isteri. Ada yang mengatakan bahawa ciuman ini bererti menyebutkan bahawa anda adalah segalanya baginya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter