Friday, 12 June 2015

Posted by Admin Bijak | 06:41 | No comments

SABAK BERNAM – Syarikat telekomunikasi Best Mobile optimis membuka peluang menambah pendapatan kepada orang ramai menerusi perkhidmatan talian prabayar yang akan dilancarkan pada Mei depan. Wakil Rakan Kongsi Jenamanya, Norazizi A. Aziz berkata, di saat rakyat dibebani kos sara hidup yang tinggi kini, peneraju rangkaian telekomunikasi terbaharu itu berhasrat membantu individu yang mahu menjana kewangan secara mudah dan pasif.

Best Mobile menawarkan pembelian kad sim setiap satu pada harga RM49 kepada sesiapa yang berminat dengan insentif pendaftaran sebanyak RM20 yang akan diberikan kepada setiap ahli setelah berjaya mendaftar pelanggan baharu. “Selagi pelanggan berdaftar membeli top-up (tambah nilai), selagi itulah ahli yang mendaftar akan menerima komisen insentif tambah nilai di mana akan dibayar terus oleh syarikat ke dalam akaun pengguna,” katanya sambil memberitahu, sehingga kini penerimaan masyarakat terhadap Best Mobile amat menggalakkan terutama mereka yang ingin menambah pendapatan. “Segmen utama Best Mobile adalah pelajar sekolah; penuntut universiti; pekerja makan gaji dan pekerja asing.

Rata-rata penuntut universiti terpaksa menampung kos yuran pembelajaran yang tinggi, hingga ada yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan harian. Apabila bekerja sambilan, secara tidak langsung mempengaruhi konsentrasi pengajian disebabkan letih kerana perlu membahagikan masa. Justeru, sekiranya bersama kita, mereka tak perlu bersusah payah bekerja, cuma perlu menarik rakan-rakan untuk turut sertai Best Mobile,” jelasnya.

Menurutnya, lima fokus keutamaan produk adalah lebih jimat; lebih baik; lebih imbuhan; lebih dihargai dan lebih ‘best’ (bagus). Sehubungan itu, perkhidmatan ini mesti dimiliki pekerja warganegara asing kerana kadar panggilan lebih rendah berbanding pesaing syarikat telekomunikasi lain di negara ini" katanya.

Sumber: Sinar Harian Edisi Selangor




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter