Sunday, 12 July 2015

Posted by Admin Bijak | 06:44 | No comments

Nak buat atau tidak rumah terbuka? Saudara-mara dan kawan-kawan selalu bertanya, mereka nak datang beramai-ramai. Dalam fikiran kita, ramai yang akan datang.

Pertama, bajet pada musim raya yang kurang. Boleh tak nak buat rumah terbuka sekadar menggunakan RM300?

Kedua, rumah yang sempit ataupun tinggal di rumah pangsa. Risau jika tetamu tidak selesa. 

Ketiga, anda semakin berusia, tidak larat memasak pelbagai menu. Siapa yang hendak membantu kerana anak beraya di rumah mentua mereka?

1) Bajet 

Sangat penting mengagak jumlah tetamu, dengan ini anda tahu jumlah makanan yang disediakan. Sekiranya mengambil pendekatan sederhana, makanan yang dihidang­kan walaupun ba­nyak dapat dikurang bajetnya.

Contohnya, tetapkan jumlah menu yang kecil merangkumi dua hidangan berat dan satu ringan. Hidangan berat contohnya sama ada set nasi beriani atau set nasi ayam. Hidangan ringan pula pencuci mulut seperti puding, jeli, sejenis kuih (contohnya karipap atau donat) atau buah-buahan.

Nasi beriani dan nasi ayam mudah kerana ia ada set sendiri dan tak perlu banyak lauk. Satu lauk dan sayur (acar) sudah lengkap.

Anda juga boleh berpakat dengan adik-beradik atau kawan baik untuk berkongsi mengadakan rumah terbuka hari raya. Ia boleh dirancang sama ada mahu berkongsi wang menggunakan perkhidmatan katering atau masing-masing menyediakan hidangan yang dipersetujui.

Paling penting, jangan berlebihan menyediakan menu. Tetapkan tiga jenis sahaja. Antara menu berat lain yang boleh dipilih adalah mi kari, lontong dan mi sup.
Bagi tambahan kemeriahan, anda boleh letakkan kerepek dan kuih raya bagi menyerikan meja, malah ia sudah cukup mengenyangkan.

Lemang dan ketupat memang mudah tetapi sering kali orang mengatakan lemang dan ketupat bukan hidangan lengkap. Walaupun sudah ada lemang, ketupat dan kuah kacang, ramai menyangka perlu ada hidangan berat yang lain. Ini sudah meningkatkan bajet anda.

Penyelamat bagi set ini ialah nasi. Lauk apakah yang boleh dimakan bersama nasi lemang dan nasi impit? Rendang dan ayam masak merah adalah pe­nyelesaian mudah.
Di sesetengah tempat, ayam atau daging masak kicap turut sepadan dimakan dengan ketiga-tiga di atas. Jadi pilihlah mengikut selera.

Mencari katerer memang menyesakkan dada pada musim raya kerana harganya mudah sekali meningkat naik. Katerer pula perlu ditempah sebulan awal, saat-saat akhir tiada yang mahu.

Apa kata anda mendapatkan perkhidmatan orang perseora­ngan di kawasan kejiranan yang diketahui boleh memasak untuk makanan ramai dan sedap. Cara ini lebih murah, cuma kena menyediakan pinggan mangkuk sendiri untuk tetamu.

Untuk minuman pula, sediakan dua jenis minuman yang baik untuk kesihatan, air kosong dan kordial limau. Tidak perlu menyediakan empat lima jenis minuman kerana ia bukan cara yang bijak. Tetamu juga boleh fokus dalam memilih sama ada mahu yang tawar ataupun manis, sejuk ataupun panas. Air teh atau kopi tidak perlu kerana tetamu biasanya mahu yang manis atau sebaliknya.

Selagi anda tidak berlebihan menyediakan menu bagi rumah terbuka, bajet anda tetap dapat dikawal dan murah.

2) Rumah yang kecil, di mana hendak menghidang, di mana hendak makan?

Jemput tetamu secara berperingkat. Kawan-kawan anak dijemput pada jam 11 pagi, kawan sendiri, jam 1 tengah hari. Saudara-mara mesti dikhaskan waktu yang paling akhir kerana mereka selalunya mahu tinggal lama. Sekiranya saudara-mara di awal waktu, ia bertembung dengan tetamu yang lain.

Rancang pengawalan menu mengikut masa tetamu. Kanak-kanak mungkin tidak gemarkan menu berat seperti nasi. Oleh itu, bihun dan mi adalah pilihan terbaik.
Ada rumah pangsa yang langsung tidak mempunyai koridor jadi, mungkin ada masalah menghidang makanan kepada tetamu yang ramai.

Anda boleh menghubungi persatuan penduduk bagi menggunakan wakaf di taman permainan rumah bagi menjamu tetamu sekiranya mahu menjemput tetamu datang sekali gus. Tetapi ini ada risikonya kerana selain penat mengangkat barang, masalah hujan juga perlu difikirkan.

Pada musim raya, ada restoran yang ditutup agak lama. Jika mendapat kerjasama daripada tuan punya restoran yang anda kenali, anda boleh menyewa restoran itu sebagai tempat menyambut tetamu. Tentu pilihan ini lebih murah dan kecil berbanding dewan orang ramai. Makanan dan peralatan disediakan pihak anda sendiri.

3) Penat dan tidak larat? 

Kepenatan menyedia dan melayan rumah terbuka bukan hanya memenatkan orang yang berusia tetapi sesiapa saja. Cuma, orang yang berusia selalunya lebih penat.
Zaman ini untuk mendapatkan pertolongan orang lain bukanlah mudah terutama bagi mereka yang tinggal di kota.

Untuk mengurangkan kepenatan, paling utama adalah meng­gunakan peralatan pinggan mangkuk pakai buang kerana membasuh pinggan memang kepenatan yang paling kritikal terutama sekiranya tetamu tidak henti-henti datang.

Pastikan juga anda tegas memberitahu waktu jemputan supaya tidak ada yang datang terlalu awal atau sehingga lewat malam. Contohnya, beritahu tetamu anda waktu jemputan hanya dari jam 2 hingga 6 petang.

Mengemas dan membasuh tidak perlu dilakukan pada hari itu juga. Jangan memaksa diri yang sudah penat. Semuanya boleh dibuat keesokan hari setelah anda merehatkan badan.

Bagi memastikan majlis berjalan lancar, buat persediaan awal dan bukan hanya sibuk pada hari majlis. Apabila sudah menetapkan tarikh, dua tiga hari sebelumnya sudah boleh menyusun atur perabot bagi keselesaan tetamu atau memasak puding yang boleh disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya mahu membuat sendiri kuih-muih seperti karipap dan cucur badak, sediakan intinya terlebih dulu. Begitu juga sayur dan bahan lain, potong awal-awal bagi menjimat­kan masa.

Segala rempah tumisan, bawang, cili dan lain-lain disediakan awal supaya anda hanya perlu memasak atau menggoreng saja tanpa perlu bersusah payah dengan kerja remeh temeh.

Beli bekas putih kedap udara untuk menyimpan daging dan ayam sehari sebelum majlis bersama-sama ketulan ais bagi memelihara kesegarannya. Ja­ngan terkocoh-kocoh di pagi hari ke pasar atau pasar raya kerana ini akan menambah kepenatan.

Paling utama untuk mengelakkan pembaziran, terlebih bajet dan kepenatan melampau adalah bersederhana dan tanamkan niat yang ikhlas bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk dan berlebih-lebih.

Islam menggariskan kesederhanaan dalam apa juga suasana.

Apa yang penting, dapat menjamu seadanya, menjalin silaturahim dan semua orang gembira. Jangan sampai berhutang kad kredit semata-mata mahu membuat rumah terbuka Aidilfitri.

Bagi yang berkunjung ke rumah terbuka pula, jaga adab dan sopan di rumah orang dan jangan menyusahkan tuan rumah. Sekiranya masa sudah ditetapkan jangan sesuka hati menukar masa mengikut jadual anda sendiri. Hormati tuan rumah yang mungkin sudah kepenatan dan ada agenda lain.

Bagi yang membawa anak kecil, jangan biarkan anak anda mengambil sendiri makanan dan menyentuh hidangan sehingga membuatkan orang lain tidak selesa.

Pastikan juga anak anda tidak menyepahkan rumah tuan rumah dan sekiranya anak tidak sengaja menumpahkan makanan atau minuman, bantulah untuk membersihkannya.

Lebih selamat, anak kecil disuapkan oleh ibu bapanya sendiri.

Sumber: Kusyi Hirdan

Sunday, 5 July 2015

Posted by Admin Bijak | 07:51 | No comments

Pasukan pilihan Malaysia (Malaysia XI) akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool pada Jumaat 24 Julai 2015

Perlawanan persahabatan Malaysia XI menentang pasukan Liverpool akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mulanya jam 8.45 malam

Kali terakhir Liverpool beraksi menentang Malaysia adalah pada tahun 2011. Liverpool menang dengan keputusan 6-3 di hadapan kira-kira 85,000 penonton.



Untuk perlawanan persahabatan 24 Julai nanti, peminat di Malaysia akan berpeluang menyaksikan pemain baharu Liverpool beraksi setelah kelab itu mengesahkan kedua-dua bintang mereka, Danny Ings dan James Milner.

Berikut adalah info harga dan cara pembelian tiket perlawanan secara atas talian (online) di laman web http://www.ticketpro.com.my





Perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Liverpool adalah anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents.
Posted by Admin Bijak | 07:38 | No comments

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Bln Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)

ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. (nama penghantar dan family)

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)

.i. .i.
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”””‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)

although no face to face,do not shake hands,but hearts was close to saying sorry for any mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i’m sending U so many SMS!!!

Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin

Friday, 3 July 2015

Posted by Admin Bijak | 13:26 | No comments

PERHATIAN! Kepada Calon Peperiksaan MUET!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?

Adakah anda dalam kategori ini?
  • Baru nak ambil MUET tapi risau tak dapat Band yang anda target.
  • Dah banyak kali bazir duit ambil MUET tapi masih belum capai syarat minimum untuk grad? (ini paling sedih)
Dulu, kalau nak masuk IPTA dan ambil course seperti sastera atau sains sosial, tahap minimum yang diperlukan hanyalah Band 1. Kini, syarat minimum tersebut telah dinaikkan kepada Band 2 dan begitu juga untuk jurusan-jurusan lain. Syarat untuk grad pula kebanyakan perlu kepada Band 3 mengikut course.

Tahukah anda?

Alasan utama untuk meningkatkan tahap minimum MUET adalah untuk membantu memudahkan para graduan memperoleh pekerjaan. Dianggarkan 53,000 graduan di seluruh Malaysia masih belum mendapat pekerjaan biarpun sudah lebih dari enam bulan menamatkan pengajian.


TERBONGKAR TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET !!

Pendedahan Eksklusif Oleh Penanda Kertas Pemeriksaan MUET.

Klik untuk download:  Saya Nak ebook MUET

Thursday, 2 July 2015

Posted by Admin Bijak | 08:21 | No comments


Ramai orang mengimpikan untuk menjadi seperti watak terkenal seperti Superman, Spiderman, Batman dan banyak lagi. Seorang lelaki di Filipina merealisasikan impiannya itu dengan 'mengubah' rupa parasnya menjadi Superman.

Herbert Chavez, umur 37 tahun telah menjalankan 23 pembedahan plastik dengan kos lebih £4,400 (RM 16, 459) untuk memastikan wajahnya seperti watak kesayangannya, Superman.

Herbert melakukan pembedahan mengubah hidung, memutihkan kulitnya, rahangnya sejak berumur 18 tahun.

"Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukan dan semua yang telah berlaku dalam hidup saya ini adalah positif dan kerana Superman.," kata Herbert bila ditanya mengenai transfomasi yang dilakukannya itu.

Herbert berkata, apa yang dilakukan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak di Filipina bahawa Superman wujud dan ingin memberi inspirasi dan harapan kepada mereka.

Walaupun, wajahnya sudah persis watak hero Superman, Clark Kent , Herbert  masih belum berpuas hati dengan hasil yang diperolehnya, malah ingin melakukan pembedahan lagi untuk membentuk otot badannya.

"Saya hanya akan berhenti untuk melakukan pembedahan apabila badan saya tidak lagi mampu bertahan kerana faktor usia," katanya dipetik Mirror.uk

Sementara itu, menurut doktor yang merawatnya, lelaki itu tidak boleh melakukan pembedahan kerana badanya telah disuntik suntikan berbahaya yang boleh membahayakan nyawanya.

Herbert pernah tersenarai dalam Guinness Book of Records selama tiga tahun kerana memiliki koleksi memorabilia Superman terbesar di dunia yang merangkumi anak patung, poster dan barang kemas.






Sumber : Sinar Harian
Posted by Admin Bijak | 04:09 | No comments
Koleksi gambar ini diambil dari instagram Tasha Shila.
https://instagram.com/tashashilla/








Posted by Admin Bijak | 03:28 | No comments

TAHUKAH ANDA..

Untuk meningkatkan keyakinan pembeli terhadap barangan di facebook page anda, anda perlu membalas komen mereka. Sedangkan ayat iklan anda sudah cukup jelas memberitahu harga barangan dan cara pembayaran. Namun pembeli tetap komen "berapa harga","macam mana nak beli" "pm details" dan macam2 lagi.

Kalau anda tak komen, anda mungkin mengalami kerugian yang sangat besar. Bakal pelanggan anda mungkin ke fanpage lain.

Nak reply setiap komen tapi tak sempat. Jika 30 orang anda terlepas reply komen, 20 daripadanya memang berminat nak beli. Anda sudah kerugian jualan sebanyak RM1400 sekiranya produk anda berharga RM70 seunit.

Software ini dicipta khas untuk peniaga yang mempunyai masalah tersebut. Software ini membantu ramai usahawan di facebook yang mempunyai masalah komen yang terlalu banyak dan tidak sempat nak reply.

Yang penting software ini SELAMAT digunakan kerana software ini bukan untuk tujuan spamming ataupun autoreply. Tetapi lebih kepada memudahkan kerja mereply komen.

Apakah Kelebihan Software Ini?

  • Sangat Mudah Digunakan
  • Boleh Digunakan Di Window & Mac
  • Ringan & Tidak membebankan PC Anda
  • Tiada bayaran Bulanan
  • Update PERCUMA
  • Boleh Reply semua komen sekaligus
  • Potensi Pelanggan akan MENINGKAT
  • Tiada Pembaziran Traffik
  • Jimat kos! Jimat Masa! Jimat Tenaga!
  • Tingkatkan Engagement Fans Anda
  • Tingkatkan Jualan & Keuntungan!
  • Tak perlu upah staff
Lihat Video Bagaimana Software  Ini  Boleh Bantu Anda Reply Semua Komen Dengan Mudah Seterusnya Dapat Kurangkan Kos, Jimatkan Masa & Tingkatkan Jualan Anda Sehingga 200%!

Video: Klik sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter