Wednesday, 3 February 2016

Posted by Admin Bijak | 05:38 | No comments

Mungkin anda perasan, orang berjaya dalam bisnes atau pekerjaaan yang mereka lakukan selalu berpakaian yang sama setiap masa.

Contoh paling dekat ialah Mark Zuckerberg(CEO Facebook) yang selalu memakai tshirt bewarna kelabu dengan seluar jeans, Steve Jobs(bekas CEO Apple) baju turtleneck warna hitam dipadankan dengan jeans dan Karl Lagerfeld(ketua pereka fesyen di Chanel & Fendi) yang sentiasa dengan suit hitamnya ke mana-mana majlis atau tempat mereka pergi.

Ramai yang tidak tahu mengapa mereka ini selalu berpakaiaan yang sama di setiap majlis yang mereka hadiri. Tak bosan ke? Ada 7 sebab mereka berpakaiaan begitu.

1. Memudahkan pilihan pakaian



Setiap pagi, kita mesti ada masalah what to wear. Lebih- lebih lagi wanita. Padahal dalam almari kita tu ada banyak pakaian. Itu perkara pertama orang berjaya ingin hapuskan. Mereka ada banyak perkara lain yang ingin difikirkan. Jadi isu apa nak pakai hari ini dapat dihapuskan.

Pakar fizik terkemuka dunia, Albert Einstein dikhabarkan membeli beberapa suit bewarna kelabu untuk dijadikan pakaian harian kerana dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah pakaian. Jadi dengan adanya warna tema atau warna trademark untuk anda, kekalkan warna tersebut supaya ia menjadi identiti anda.

2. Menjimatkan masa (Time is gold)



Jika kita sudah tahu apa yang hendak dipakai pada hari esok, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa bersiap kita. Tidak perlu terhegeh-hegeh untuk mencari baju apa nak dipakai pada hari esok. Masa itu kan emas, orang berjaya memang manfaatkan masa mereka dengan sebaik mungkin.

3. Mengurangkan stress



Ya, memilih pakaian untuk dipakai memang stress. Apabila kita ke sesuatu majlis, banyak perkara yang akan difikirkan nanti. Adakah baju ini terlalu formal? Adakah baju ini kena dengan tema? Adakah skirt ini terlalu singkat? Tetapi persoalan ini dapat diatasi sebab apabila kita sudah mempunyai uniform tersendiri, kita sudah tidak akan fikir tentang perkara-perkara ini.

4. Mengurangkan penggunaan tenaga



Jika kita mempunyai almari yang penuh dengan pakaian, kita perlu sentiasa mengemas dan menyusun pakaian kita. Pengarah filem ternama Hollywood, Christopher Nolan pernah mengeluarkan kenyataan di New York Times Magazine, “Ianya memenatkan untuk memilih pakaian yang hendak dipakai setiap hari.”

5. Lebih mudah dan tersusun


Mudah, versatile dan sentiasa kena pada waktunya. Disebabkan ini fesyen minimalist ini makin mempunyai pengikut. Semuanya sudah tersedia dan tidak perlu pening kepala.

6. Identiti 


Anda akan dikenali dengan pakaian anda. Kita lihat contoh Karl Lagerfeld. Pereka fesyen ini menjadikan suit hitam miliknya sebagai ikon dalam fesyen. Uniform anda itu perlahan-lahan akan menjadi identiti anda.

7. Selesa



Faktor paling penting. Pakai pakaian yang buat anda selesa. Jangan serabutkan almari anda dengan pakaian yang tidak perlu. Apabila kita berada dalam keadaan yang selesa,maka di situ produktiviti kita akan bertambah.

Jadi, jika ingin berjaya anda boleh contohi individu- individu di atas. Ingat, apa yang anda pilih untuk pakai, pakaian itulah yang akan menjadi identiti anda. All the best!

SUMBER: BECOMINGMINIMALIST











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter