Thursday 28 May 2015

Posted by Admin Bijak | 07:24 | No comments

Mia Ahmad 
atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27 tahun, berharap khabar angin kononnya terdapat pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya sebagai Yuhanis dalam Hati Perempuan adalah cerita tidak benar. 

Mia berkata, dia sudah lama mendengar mengenai gosip tersebut tetapi enggan mempercayainya kerana berita tersebut seolah-olah ingin menarik perhatian pembaca.


"Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.

"Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai," katanya kepada mStar Online.

Minggu lalu, terdapat blog tempatan yang mengeluarkan artikel mengenai seorang isteri telah memfailkan perceraian kerana bengang suaminya sering menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur.


Kata isteri tersebut, sejak menonton drama Hati Perempuan, suaminya mula menunjukkan perubahan sehingga kedua-dua mereka kerap bergaduh.

Sementara itu, Mia berkata, sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya itu, dia pasti akan bersedih kerana perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu," ujarnya.

Mia juga mengakui drama tersebut mempunyai impak yang tersendiri apabila ramai memberi komen rata iaitu positif dan negatif.

Bagaimanapun dia bersyukur, namanya mula menjadi perhatian kerana lakonan itu dan sedikit sebanyak menambahkan rezeki dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, sejak dikenali menerusi Hati Perempuan, saya menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga membuatkan saya perlu memilih.

"Malah saya turut ditawarkan menjadi model dan duta untuk beberapa produk," tuturnya.
Sumber: www.mstar.com.my/mia-ahmad

Biodata Mia Ahmad


Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

Sumber : http://www.mysumber.com/biodata-mia-ahmad

Koleksi Gambar Mia Ahmad





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter