Tuesday 2 June 2015

Posted by Admin Bijak | 21:26 | No comments
Lisa Blais, isteri kepada Jean-Yves Blais yang maut akibat kanser paru-paru yang berpunca dari merokok.

Sebuah mahkamah di Kanada mengarahkan tiga syarikat pengeluar rokok supaya membayar AS$12 bilion (RM44 bilion) sebagai ganti rugi kepada sekumpulan perokok.

National Post melaporkan, hakim, Brian Riordan mendapati syarikat Imperial Tobacco Canada, JTI-Macdonald Corp. dan Rothmans, Benson & Hedges Inc. bertanggungjawab terhadap penyakit dan ketagihan yang dideritai oleh hampir sejuta perokok di Quebec.

"Mereka (syarikat) mementingkan keuntungan daripada kesihatan.

"Mereka tidak memberi amaran bahaya rokok kepada orang ramai," kata Riordan.

Ketiga-tiga syarikat berkenaan bagaimanapun mengumumkan akan membuat rayuan, atas alasan perokok gagal menjaga bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.

Menurut kenyataan dari JTI-Macdonald Corp, masyarakat tahu tentang bahaya rokok, sejak dari zaman 1950-an.

"Bahaya dan amaran rokok dicetak di atas kotak rokok selama hampir 40 tahun," kata kenyataan tersebut.

Syarikat Rothmans, Benson & Hedges Inc., Anne Edwards memberitahu, tiada seorang daripada golongan perokok mengaku tidak tahu mengenai bahaya rokok, sepanjang perbicaraan dimulakan tiga tahun lepas.

"Tiada seorang pun (perokok) datang dan memberitahu kami mereka tidak tahu tentang bahaya rokok kepada kesihatan," katanya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter