Wednesday, 3 June 2015

Posted by Admin Bijak | 01:31 | No comments

1. Bra yang hanya boleh dibuka dengan cinta


Sebuah syarikat lingerie yang berasal dari Jepun, Ravijour, mengeluarkan produk bra yang sangat unik dinamakan True Love Tester. Menurut laman web rasmi Ravijour, ini merupakan bra pertama di dunia yang hanya dapat dilepaskan oleh cinta sejati penggunanya.

Menariknya, bra ini memiliki sensor berteknologi tinggi di dalamnya. Bra True Love Tester juga dapat dihubungkan ke aplikasi smartphone melalui Bluetooth. Sensor ini akan memantau denyut jantung penggunanya dan aplikasi analisis data yang terdapat di dalam bra ini akan berusaha mencari adakah pengguna berada bersama seseorang yang dicintainya atau tidak.


2. Bra yang berfungsi sebagai topeng



Bencana Chernobyl yang terjadi pada tahun 1986 membuat Dr Elena Bodnar mendapat idea untuk mencipta topeng gas darurat. Pada tahun 2009, dia berjaya mendapat penghargaan Nobel untuk kategori Kesihatan Masyarakat. Elene berjaya mencipta sebuah bra yang dinamakan The RAD Emergency Bra (atau e-bra). Selain dilengkapi dengan sensor radiasi, setiap cup bra ini dapat dipisah dan digunakan sebagai topeng muka.

3. Bra yang berfungsi memantau hati



Microsoft Research berjaya mencipta bra yang boleh memantau hati seseorang dan membantu mengatasi masalah stress yang disebabkan oleh corak pemakanan seseorang. Bra ini juga dilengkapi dengan sensor yang dapat mengeluarkan data ke aplikasi smartphone.

4. Bra yang boleh tweet secara automatik



Tweeting Bra dapat mengirimkan tweet setiap kali bra itu ditanggalkan. Bra unik ini dirancang oleh OgilvyOne Athens sempena kempen Netsle Fitness, dengan harapan dapat memberi kesedaran tentang kanser payudara kepada wanita.

5. Bra yang boleh ditanggalkan dengan tepukan



Clap-Off Bra dirancang oleh seorang warganegara Amerika Serikat. Uniknya, bra ini akan tertanggal jika penggunanya bertepuk tangan. Produk yang dibuat oleh Randy Sarafan ini boleh menjadi penyelesaiaan kepada wanita yang mengalami kesulitan membuka pengait bra. Masalahnya, bra  ini akan terlepas secara automatik setelah mendengar tepuk tangan, sama ada dilakukan oleh pengguna bra itu sendiri atau pun tepukan orang lain.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter