Saturday, 27 June 2015

Posted by Admin Bijak | 05:10 | No comments
Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, http://www.forbes.com terdapat lapan individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut
Lima teratas daripada mereka yang tersenarai sebagai individu terkaya di Malaysia pada tahun 2015 adalah seperti berikut
1- Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary
Gambar Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion). Beliau yang berusia 63 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom. Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan daripada 50 senarai itu beliau berada pada kedudukan kelapan.

2- Tan Sri Azman Hashim
Gambar Tan Sri Azman Hashim
Orang melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$865 juta (RM3.11 bilion). Beliau berusia 75 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada dalam kedudukan ke 20.




3- Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Gambar Tan Sri Shahril Shamsuddin

Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka adalah sebanyak AS$860 juta (RM3.10 bilion). Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana).
Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke 21



4- Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Gambar Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Bagi tempat keempat pula adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau adalah sebanyak  AS$740 juta (RM2.66 bilion). Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil. Beliau juga mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah.
Kekayaan beliau pada tahun 2015 dicatat meningkat. Selain itu beliau juga memiliki 4 jet peribadi, termasuk Gulfstream II. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2015, beliau berada dalam                                                         kedudukan ke 25.

5- Tan Sri Mokhzani Mahathir
Gambar Tan Sri Mokhzani Mahathir
Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$700 juta (RM2.52 bilion)
Pada tahun 2014, beliau tersenarai dalam kedudukan 10 individu terkaya di Malaysia. Bagaimanapun akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion)


Secara keseluruhannya bagi senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia anjuran Forbes itu, Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion) dengan asetnya menerusi syarikat PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International
Dalam senarai 50 individu tersebut, majoritinya yang tersenarai adalah kaum berbangsa cina.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter