Wednesday, 17 June 2015

Posted by Admin Bijak | 02:59 | No comments
1. Wanita Tatoo Terbanyak di Dunia


Julia Gnuse atau dikenali dengan wanita ilustrasi. Wanita ini lahir dengan suatu masalah yang disebut porphyries yang menyebabkan kulitnya melupas sehingga meninggalkan bekas luka. Untuk menutupi kulitnya itu dia mula mentatoo bahagian bekas luka itu. Setelah 10 tahun dia tatoo, kini dia menjadi wanita yang paling banyak tatto di dunia.

2. Wanita Terpendek di Dunia


Jyoti Amge yang berasal dari India dan lahir pada 22 December 1993. Wanita ini merupakan pelakon di India. Tinggi badannya cuma 62.8 cm bersamaan 24 inci. Wanita ini memegang rekod wanita terpendek di dunia dalam Guinness World Records.

3. Wanita Tertinggi di Dunia


Seorang wanita yang berasal dari negera China ini memiliki ukuran tinggi badan manusia yang tidak normal. Wanita ini memiliki tinggi badan 2.33 meter dan berat badannya mencapai 200kg manakala ukuran kasutnya mencapai 26. Ketinggian wanita yang bernama Yao Defen ini disebabkan penyakit tumor yang berada di kelenjar hipofisis, sehingga hormonnya dihasilkan terlalu banyak berbanding manusia normal. Itu yang menyebabkan wanita tersebut memiliki pertumbuhan tulang yang berlebihan. Wanita ini lahir pada 15 Julai 1972 dan meninggal dunia pada 13 November 2012.

4.Wanita Yang Ada Janggut Terpanjang di Dunia


Wanita ini memiliki syndrom serigala atau bahasa saintifiknya hypertrichosis. Wanita yang bernama Vivian Wheeler ini dilahirkan sebagai hermaphrodite, semasa masih bayi wanita ini mempunyai 2 alat kelamin. namun ibunya memilih Vivian menjadi wanita sehingga ibunya menyuruh dokter mengambil alat kelamin lelaki dari tubuh Vivian.

5. Wanita Paling Banyak Tindikan di Dunia


Elaine Davidson adalah “Perempuan paling banyak tindik” menurut Guinness World Records
Ketika diperiksa oleh Guinness World Record pada Mei 2000, Davidson memiliki 462 tindik badan dan 192 tindik di wajahnya. Pada bulan Ogos 2001 pula, dia memiliki 720 tindik. Ketika di Festival Edinburgh tahun 2005, the Guardian melaporkan bahawa dia memiliki tindik badan 3.920. Berat kesemua tindiknya sekitar 3 kilogram.

6. Wanita Dengan Bibir Paling Tebal di Dunia


Bercakap sahaja pasal bibir sudah tentu kita akan fikir Angellina Jollie yang memiliki bibir terseksi. Wanita ini bernama Jessica Rabbit. Dia membentuk bibirnya seperti kartun kesukaannya.

7. Wanita Dengan Kuku Terpanjang di Dunia


Chris "The Dutchess" Walton  ialah wanita dengan kuku terpanjang di dunia. Panjang keseluruhan kuku beliau melebihi 20 kaki panjang. Ibu yang mempunyai 5 orang anak ini mula menyimpan kuku sejak 18 tahun yang lalu. The Dutchess mengaku beliau boleh melakukan semua benda seperti manusia normal kecuali menyeluk poket. Beliau mempunyai seorang pembantu yang akan mengeluarkan barang dari beg beliau bila diperlukan.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter