Tuesday 30 June 2015

Posted by Admin Bijak | 04:57 | No comments


Serunding ayam atau dikenali sebagai Chicken floss
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
dada ayam direbus (rebus 3 jam biar sampai lembut)
  • 2 biji bawang merah sederhana
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • cili blend terpulang kalau nak pedas masukkan lebih
  • 1/2 cawan santan
  • jintan manis, ketumbar disangrai sekejap
CARA PENYEDIAANNYA :

  1. blend bawang dan halia
  2. sangrai ketumbar dan jintan n tumbuk kasar
  3. tumis bawang blend dan cili dengan sedikit minyak
  4. masukkan santan
  5. perasakan dan masukkan daging ayam yang disiat2 halus
  6. kacau hingga kering

Monday 29 June 2015

Posted by Admin Bijak | 11:43 | No comments

Abdul Rani Kulup sudah menjadi terkenal di Malaysia.

Beliau bukan sahaja diiktiraf sebagai ‘Raja Report Malaysia’,  kerana gemar membuat laporan polis tentang pelbagai isu negara malah diangkat antara individu paling popular menerusi media sosial.

Beliau juga mempunyai peminatnya yang tersendiri gara-gara tagline #kipidap (keep it up) yang menjadi siulan ramai.

Rani Kulup bukanlah calang-calang orang kerana beliau merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan juga seorang veteran tentera.

Dari sudut yang lain, tiada siapa menduga Rani Kulup juga pandai memasak.

Ini adalah rakaman khas Raja Report Malaysia menyediakan masakan 'Ketam Kipidap' sempena hidangan untuk berbuka puasa bersama keluarganya.

Sumber: mstar tv


Saturday 27 June 2015

Posted by Admin Bijak | 06:06 | No comments

Pelakon Tasha Shilla menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang dipercayai miliknya baru-baru ini.

Tasha, 28, berkata, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka selepas membuat laporan polis pada 9 Jun lalu.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak polis yang melakukan siasatan memandangkan ia sudah menjadi kes jenayah.

"Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam.

"Saya tidak perlu kongsi dengan masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu," katanya.

Tasha ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran AirAsia di Hotel Hilton di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Tasha mengakui kecewa dengan kes berkenaan kerana ia menjatuhkan maruahnya sebagai wanita.

Bagaimanapun kata Tasha, dia tabah mengharungi dugaan berkenaan dan menganggap ia sebagai ujian Allah.

"Kecewa sebab ada pihak hendak jatuhkan maruah saya tetapi ia tidak melemahkan semangat saya kerana ini adalah ujian daripada-Nya.

"Sebagai umat Islam berdoa adalah senjata penting untuk saya sekarang," katanya yang tetap enggan mendedahkan butiran tentang laporan dibuat.

Tambah aktres itu, dia juga tidak mengendahkan presepsi masyarakat tentang isu berkenaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang lain.

"Bak kata pepatah 'tak mati dek keji, tak hidup dek puji' jadi terpulang kepada orang hendak kata apa.

"Paling penting keluarga ada di sisi dan perkara ini menguatkan lagi hubungan kami sekeluarga," ujarnya.

Sumber: Mohd Al-Qayum Azizi,  mStar
Posted by Admin Bijak | 05:10 | No comments
Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, http://www.forbes.com terdapat lapan individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut
Lima teratas daripada mereka yang tersenarai sebagai individu terkaya di Malaysia pada tahun 2015 adalah seperti berikut
1- Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary
Gambar Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion). Beliau yang berusia 63 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom. Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan daripada 50 senarai itu beliau berada pada kedudukan kelapan.

2- Tan Sri Azman Hashim
Gambar Tan Sri Azman Hashim
Orang melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$865 juta (RM3.11 bilion). Beliau berusia 75 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada dalam kedudukan ke 20.




3- Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Gambar Tan Sri Shahril Shamsuddin

Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin
Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka adalah sebanyak AS$860 juta (RM3.10 bilion). Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana).
Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke 21



4- Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Gambar Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Bagi tempat keempat pula adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau adalah sebanyak  AS$740 juta (RM2.66 bilion). Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil. Beliau juga mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah.
Kekayaan beliau pada tahun 2015 dicatat meningkat. Selain itu beliau juga memiliki 4 jet peribadi, termasuk Gulfstream II. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2015, beliau berada dalam                                                         kedudukan ke 25.

5- Tan Sri Mokhzani Mahathir
Gambar Tan Sri Mokhzani Mahathir
Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$700 juta (RM2.52 bilion)
Pada tahun 2014, beliau tersenarai dalam kedudukan 10 individu terkaya di Malaysia. Bagaimanapun akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion)


Secara keseluruhannya bagi senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia anjuran Forbes itu, Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion) dengan asetnya menerusi syarikat PACC Offshore Services Holdings dan Wilmar International
Dalam senarai 50 individu tersebut, majoritinya yang tersenarai adalah kaum berbangsa cina.

Friday 26 June 2015

Posted by Admin Bijak | 05:55 | No comments

Pelakon Izzue Islam menafikan tuduhan isterinya Awin bertindak tidak profesional dengan mengarahkan penggambaran sebuah drama dihentikan gara-gara terdapat adegan bersentuhan suaminya dengan artis wanita lain.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, berkata, apa sahaja yang berlaku ketika di set penggambaran adalah atas arahan pengarah dan mengikut skrip yang sudah dipersetujui bersama.

"Awin tidak pernah minti hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui.

"Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon bimbit baharu jenama Vivo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Izzue  diminta mengulas tentang tuduhan kononnya terdapat kekecohan di set penggambaran drama apabila isterinya, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin, 33, bertindak meminta penggambaran dihentikan akibat tidak berpuas hati babak bersentuhan suaminya dengan pelakon wanita.

Dalam pada itu, Izzue berkata, sejak mempraktikan syarat tersebut, dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah melibatkan pengarah dan pelakon-pelakon lain.

"Isu ini tidak perlu timbul lagi kerana semua pihak sudah jelas dan apa-apa tawaran selalunya mereka sudah maklum tentang syarat itu, barulah kami setuju," katanya.

Sementara itu, Awin pula berkata, dia kesal dengan tuduhan sedemikian dan mengakui sukar baginya untuk menjelaskan pekara tersebut kepada pihak-pihak lain.

Jelasnya, status sebagai pengurus yang juga  isteri kepada Izzue membuatkan orang beranggapan lain.

"Orang terus bercakap tentang perkara ini kerana mereka melihat saya yang bercakap tentang syarat itu kepada produser. Kalau saya bukan isteri dia atau saya pengurus dia sahaja mungkin orang akan faham dan boleh terima," ujarnya.

Bagaimanapun Awin berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya mengurus suaminya itu biarpun sering ditomah dengan pelbagai tanggapan negatif.

Sumber: mStar

Tuesday 23 June 2015

Posted by Admin Bijak | 05:36 | No comments

Kenyataan seorang guru yang meminta muridnya minum air kencing sendiri hanya bermaksud untuk berjenaka, kata seorang ahli exco negeri Kedah.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan meminta agar siasatan dilakukan berhubung isu tersebut.
Guru dari sekolah kluster berprestasi tinggi di Sungai Petani dilaporkan meminta murid bukan beragama Islam untuk minum air kencing mereka sendiri bagi menghilangkan rasa dahaga.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kenyataan penolong kanan hal ehwal murid di sekolah rendah tersebut telah disalah tafsir.
"Beliau sebenarnya berkata dalam nada berseloroh.

"Apa yang dikatakannya adalah jangan minum air kencing kamu pula, yang sebenarnya disalah tafsir oleh murid sekolah tersebut," katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, petang Isnin.

Beliau berkata dengan penjelasan itu, isu tersebut telah diselesaikan dan ia tidak harus menjadi isu politik dan perkauman.

Guru tersebut dipercayai dalam lingkungan 50-an, didakwa membuat kenyataan tersebut semasa perhimpunan pada Ahad.

Surat aduan memperincikan insiden tersebut menjadi viral di laman media sosial.

Kenyataan yang dikeluarkan guru tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa yang tampil je sekolah bagi menuntut penjelasan daripada pihak sekolah pada pagi Isnin.

Sekurang-kurangnya 30 ibu bapa membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Kedah berhubung perkara itu.
 
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dalam satu kenyataan di Facebook berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Kedah memulakan siasatan.

"Mereka kini sedang melakukannya dan kita tunggu keputusannya. Guru akan dikenakan tindakan tegas kerana melanggar peraturan kementerian sekiranya aduan tersebut didapati benar," katanya.

Sumber :mstar

Monday 22 June 2015

Posted by Admin Bijak | 05:51 | No comments

Pelakon Mia Ahmad berasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan laporan mengenai seorang aktres ditangkap khalwat baru-baru ini.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, ia dianggap sebagai fitnah yang sangat memalukan sekali gus menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

"Saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.

"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya," katanya kepada mStar Online.




Pada 12 Jun lalu, foto seorang wanita yang dikatakan pelakon popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersebar di laman sosial.

Beberapa individu menuduh kononnya Mia adalah wanita yang ditangkap itu.

Sementara itu, Mia berkata, berdasarkan informasi daripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukum orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.

"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah," ujarnya yang bakal muncul menerusi drama  Dilema Wanita pada penghujung Jun ini di RTM.

Sumber: mstar

Sunday 21 June 2015

Posted by Admin Bijak | 05:38 | No comments
Apam Polkadot Berinti


Bahan-Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu Jem strawberry -(untuk mudah masukkan inti jem ke dalam plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara-Cara
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dalam acuan.
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem yang anda suka,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti. 7.Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.(balut tutup kukusan)

nota: Kalau ada dot-dot yg terlebih besar, jgn risau ambil toothpick dan baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dengan warna asas adunan dlm acuan tersebut.

Sumber: Dapur Mamasya



Wednesday 17 June 2015

Posted by Admin Bijak | 06:37 | No comments

Kenderaan pacuan 4 roda dikenali sebagai pembuli jalan raya dan ada juga yang menggelarkan sebagai killer truck. Ini kerana terdapat banyak kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan pacuan 4 roda dengan pengguna kenderaan kecil seperti kereta biasa dan motosikal.

cute math nerd prank. 4x4=16. #gif
(gambar hiasan budak nerd selesaikan masalah matematik pada kereta)

Lepas ni hati-hati ye..walaupun kereta anda besar,jangan jadi 'pembuli di jalan raya'..
Nanti ada pulak orang nak conteng kereta anda.


Posted by Admin Bijak | 02:59 | No comments
1. Wanita Tatoo Terbanyak di Dunia


Julia Gnuse atau dikenali dengan wanita ilustrasi. Wanita ini lahir dengan suatu masalah yang disebut porphyries yang menyebabkan kulitnya melupas sehingga meninggalkan bekas luka. Untuk menutupi kulitnya itu dia mula mentatoo bahagian bekas luka itu. Setelah 10 tahun dia tatoo, kini dia menjadi wanita yang paling banyak tatto di dunia.

2. Wanita Terpendek di Dunia


Jyoti Amge yang berasal dari India dan lahir pada 22 December 1993. Wanita ini merupakan pelakon di India. Tinggi badannya cuma 62.8 cm bersamaan 24 inci. Wanita ini memegang rekod wanita terpendek di dunia dalam Guinness World Records.

3. Wanita Tertinggi di Dunia


Seorang wanita yang berasal dari negera China ini memiliki ukuran tinggi badan manusia yang tidak normal. Wanita ini memiliki tinggi badan 2.33 meter dan berat badannya mencapai 200kg manakala ukuran kasutnya mencapai 26. Ketinggian wanita yang bernama Yao Defen ini disebabkan penyakit tumor yang berada di kelenjar hipofisis, sehingga hormonnya dihasilkan terlalu banyak berbanding manusia normal. Itu yang menyebabkan wanita tersebut memiliki pertumbuhan tulang yang berlebihan. Wanita ini lahir pada 15 Julai 1972 dan meninggal dunia pada 13 November 2012.

4.Wanita Yang Ada Janggut Terpanjang di Dunia


Wanita ini memiliki syndrom serigala atau bahasa saintifiknya hypertrichosis. Wanita yang bernama Vivian Wheeler ini dilahirkan sebagai hermaphrodite, semasa masih bayi wanita ini mempunyai 2 alat kelamin. namun ibunya memilih Vivian menjadi wanita sehingga ibunya menyuruh dokter mengambil alat kelamin lelaki dari tubuh Vivian.

5. Wanita Paling Banyak Tindikan di Dunia


Elaine Davidson adalah “Perempuan paling banyak tindik” menurut Guinness World Records
Ketika diperiksa oleh Guinness World Record pada Mei 2000, Davidson memiliki 462 tindik badan dan 192 tindik di wajahnya. Pada bulan Ogos 2001 pula, dia memiliki 720 tindik. Ketika di Festival Edinburgh tahun 2005, the Guardian melaporkan bahawa dia memiliki tindik badan 3.920. Berat kesemua tindiknya sekitar 3 kilogram.

6. Wanita Dengan Bibir Paling Tebal di Dunia


Bercakap sahaja pasal bibir sudah tentu kita akan fikir Angellina Jollie yang memiliki bibir terseksi. Wanita ini bernama Jessica Rabbit. Dia membentuk bibirnya seperti kartun kesukaannya.

7. Wanita Dengan Kuku Terpanjang di Dunia


Chris "The Dutchess" Walton  ialah wanita dengan kuku terpanjang di dunia. Panjang keseluruhan kuku beliau melebihi 20 kaki panjang. Ibu yang mempunyai 5 orang anak ini mula menyimpan kuku sejak 18 tahun yang lalu. The Dutchess mengaku beliau boleh melakukan semua benda seperti manusia normal kecuali menyeluk poket. Beliau mempunyai seorang pembantu yang akan mengeluarkan barang dari beg beliau bila diperlukan.

Tuesday 16 June 2015

Posted by Admin Bijak | 14:01 | No comments

Mempunyai lutut yang hitam pasti menjadi masalah bagi setiap orang, lebih-lebih lagi kaum wanita. Sebenarnya punya utama yang menyebabkan lutut hitam ialah kerana kulit kering dan sering berlaku geseran. Bagi anda yang memiliki lutut hitam, jangan bimbang kerana terdapat tips untuk anda iaitu cara memutihkan lutut dengan bahan yang ada di dapur anda.

1.Bawang merah dan bawang putih



Bawang merah dan bawang putih bukan hanya digunakan sebagai bahan masakan sahaja. Tetapi kita boleh manfaatkan untuk memutihkan lutut kita yang hitam. Caranya ialah dengan memotong bawang putih dan bawang merah kemudian sapukan pada kulit lutut selama 10 hingga 15 minit.

2. Yogurt dan Almond



Yogurt dan Almond juga sangat bermanfaat untuk merawat kulit termasuk memutihkan lutut, caranya ialah dengan menyediakan 10 almond dan giling kemudian masukan dua sudu makan yogurt. Adukkan sampai sebati, lalu sapu rata pada bahagian lutut. Biar selama 15 hingga 20 minit. Untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan, lakukan cara ini dua kali dalam seminggu.

3. Minyak zaitun



Seperti yang kita  ketahui, salah satu penyebab lutut hitam adalah kulit yang kering. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembabkan bahagian kulit lutut yang kering. Lakukan pada malam hari sebanyak tiga kali dalam seminggu.

4. Oatmeal



Oatmeal Scrub juga dapat merawat kulit kita agar nampak lebih cerah, termasuk untuk mencerahkan bagian lutut juga. Cara penggunanaanya ialah dengan 2 sudu makan oatmeal di campur dengan sudu teh krim segar dan juga sedikit madu. Kemudian sapukan ramuan tersebut pada lutut dan biar selama 5 minit.

5. Lemon dan Madu


Buah Lemon boleh kita manfaatkan untuk memutihkan lutut, dengan mencampurkan madu dengan perahan air lemon tersebut, kemudian sapu pada bagian lutut secara merata dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Anda juga boleh menggunakan tips ini dengan menyapu pada bahagian lain yang hitam termasuk pada bahagian siku.

Sunday 14 June 2015

Posted by Admin Bijak | 03:03 | No comments
Tips nak dapat perhatian dari orang ramai. Ini caranya, pakai pakaiaan yang pelik dan menarik. haha.. Tapi pilih la design yang sopan ye.








  










Friday 12 June 2015

Posted by Admin Bijak | 23:10 | No comments


Ahli Fizik terkemuka, Stephen Hawking menyatakan kesediaannya untuk menamatkan hayatnya melalui satu prosedur yang dipanggil assisted suicide.

Hawking menyatakan demikian selepas mengecam undang-undang sedia ada yang melarang prosedur seumpama itu bagi mereka yang menderita penyakit yang serius dan boleh membawa maut.

Pun begitu, kata Hawking, beliau akan rasa kecewa jika terpaksa berbuat demikian dalam keadaan beliau masih boleh menyumbangkan idea dan pemikirannya pada dunia.

"Jika saya sakit tenat, sudah tidak mampu memberi sumbangan dan hanya menyusahkan orang lain, saya tidak keberatan untuk melakukannya," kata Hawking.

Assisted suicide merujuk kepada satu prosedur menamatkan riwayat seseorang dengan bantuan pengamal perubatan.

Dalam temuramah dengan personaliti TV, Dara O'Briain itu, Hawking turut memaklumkan beliau sering merasa sunyi kerana ramai orang takut untuk berbual dengannya, di samping rasa rindunya untuk berenang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kosmologi Teoritikal, Universiti Cambridge itu menghidap sejenis penyakit motor neuron yang dikenali sebagai Lou Gehrig's Disease, yang menyebabkannya lumpuh.

Sumber: AstroAwani


Stephen Hawking & Isterinya pada tahun 1965
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trending

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter